Sunday 31 August 2014

Pengenalan Pangkalan Data

Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.
 
Sistem Pemprosesan Fail Tradisional Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya disimpan di dalam kabinet-kabinet khas. Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna.
Pangkalan Data Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.
Aplikasi Pangkalan Data Satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data pada masa-masa execution.PASCAL,COBOL,atau C++ adalah antara contoh bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk tujuan menulis aturcara penggunaan aplikasi pangkalan data.

Saturday 19 July 2014

Kajian Kes

CONTOH KAJIAN KES DALAM MODUL MODEL HUBUNGAN PANGKALAN DATA 



Kajian Kes
Satu kedai dobi di pekan tidak dapat menganggarkan perkhidmatan,pelanggan pada satu-satu masa.Pemilik kedai ingin membina satu pangkalan data bagi mengenalpasti berapa ramai pelanggan dan perkhidmatan yang dilakukan.
Maklumat Pelanggan dalam pangkalan data ialah nama pelanggan,no telefon ,no kad pengenalan dan alamat. Maklumat Perkhidmatan ialah no perkhidmatan , berat pakaian , tarikh hantar , tarikh ambil , harga dan no kad pengenalan.


Pelanggan
Nama Pelanggan
No telefon
No kad pengenalan
Alamat








 
Kunci utama : No kad pengenalan

Perkhidmatan
No perkhidmatan
Berat pakaian
Tarikh Hantar
Tarikh ambil
Harga
No Kad Pengenalan













Kunci utama : no perkhidmatan
Kunci Asing : No Kad pengenalan

contoh lain : Kajian kes Pre-test.pptx

Model Hubungan Pangkalan Data





PETA MINDA BAGI MODUL HUBUNGAN PANGAKALAN DATA